Sunday, March 31, 2013

Jalan-jalan ke Serikin lagi,lagi dan lagi

Tepat jam 7.30pagi,30 Mac 2013 buat kali ketiga aku dan rakan-rakan memulakan perjalanan ke Serikin. Ia terletak bersempadanan dengan Kalimantan Barat Indonesia. Cuaca pagi  itu sangat baik. Lebih kurang 1jam 5minit jugak perjalanan nak ke sana. Teruja sangat nak pergi sana, dah lama sangat rasanya tak shopping. Tapi lau nak datang sini make sure bawak payung la sebab cuaca kat sini sangat panas. Pukul 10pagi matahari dah terpacak kat atas kepala tau. Tujuan utama nak beli perfume. Boleh percaya ke??? Tapi bila sampai sana bukan setakat perfume, macam-macam benda nak beli. Rambang mata dibuatnya. Alahai Serikin, it make me crazy! Boleh dikatakan harga barang-barang kat sini tersangat lah murah. Perfume gred AAA beli 4 botol boleh dapat dengan harga RM60. Sesiapa yang gian sangat nak pakai perfume berjenama n tak ada bajet banyak boleh la datang sini. Tikar sarawak yang 2 meter hanya RM15. Kalau beli kat tempat lain RM28@RM30. Dah boleh beli dua bidang lau datang Serikin tau. Bantal peluk yang paling besar leh dapat dengan harga RM16 selepas diskaun, depend pada kedai jugak la.

ini suasana pagi Serikin, jam 9pagi time ni parking dah hampir penuh.only RM2 for parking

macam-macam kraftangan ada jual kat sini.nampak tak yang kat bawah tu,snek n kacang-kacang boleh beli dengan harga RM3@RM2.50 untuk 100gram




blouse yang dijual up to date jg..tengok tu macam-macam jenis peplum



topi keledar pun ada jual jugak tu. ntah ada cop SIRIM ke tidak..hihihi

bantal pulak ada jual berbagai-bagai saiz dari yang paling kecil sehinggalah yang paling besar.harga pulak depend pada saiz iaitu dari RM6 hingga RM18.ni semua bantal kekabu.




baju pasang macam ni pula boleh beli dengan harga RM80 sepasang. buat sebagai persalinan kahwin pun ok jugak ni. cantik kan!

handbag pun ada jugak.yang ni jenama JimmyChoo

purse


wow!colourful!

boleh dapat dengan harga RM25 tapi kalau pandai tawar-menawar mybe boleh mintak lagi murah.kalau setakat nak pakai handbag macam ni boleh sangat,lagipun bukan orang tahu ori ke x ori.biar pecah di perut jangan pecah di mulut.kalau ikut prinsip saya lah.hahahaha (^_^)


ukiran kraftangan pun ada.unik dan cantik kan?



bayak pilihan patung kat sini.saya ada tanya kpd penjual yang paling murah mereka jual dengan harga RM12.boleh sangat kan kalau nak beli as a present for children atau untuk orang tersayang.untuk diri sendiri pun ok jugak

telekung kat sini banyak jenis boleh pilih.ada yang cotton,satin dan lain-lain































No comments:

Post a Comment